Sulaman Tudung Bawal Akbar

Sulaman Tangan
Seni sulaman tangan menjadikan kain bawal kelihatan lebih menarik. Banyak contoh-contoh sulaman yang telah dibuat yang boleh ditempah atau dibeli di butik maya Nera collection (http://www.nerasiah.com/). Blog ini adalah semata-mata untuk pameran koleksi sulaman yg pernah dihasilkan oleh penulis. Kesemua koleksi tudung dlm blog ini adalah menggunakan kain bawal akbar yg mempunyai pelbagai pilihan warna. Kain Bawal akbar yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Mengenali kepelbagaian warna
Adalah lebih baik pengguna-pengguna internet yang ingin membuat pembelian barang (terutamanya pakaian) melalui internet, mengenali dengan tepat nama warna dan kod warna supaya pilihan warna yang dinyatakan menepati yang pengguna inginkan. Untuk meyemak kod warna dan nama pembaca bolehlah menggunakan wikipedia ini sebagai rujukan (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_colors).

Peringatan
Untuk blogger yg berminat sila tinggalkan comment anda dlm ruang yang disediakan. Penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas tulisan atau komen yg dibuat sekiranya tulisan (komen) tersebut boleh menyebabkan pihak lain tersinggung atau memdatangkan kemudharatan serta provokasi kepada pihak lain.

...sekian

wassalam

Tuesday, March 31, 2009

Sejarah Tudung Bawal Akbar

Tudung bawal memang telah lama di kenali dalam kalangan masyarakat kelantan. Ia sememangnya mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Biarpun telah muncul pelbagai jenis tudung lain namun ia masih tidak mampu menyaingi kualiti dan keunikannya. Terdapat pelbagai jenis kain bawal di pasaran antaranya ialah "Japanese Voile" (Bawal No.1 Jepun), "Korean Voile" (Bawal No.2 Korea) dan juga "Siam Voile" atau Bawal Siam. Bawal No.1 Jepun paling popular kerana kualitinya walaupun harga lebih mahal berbanding yang lain. Dari kalangan tudung bawal yang di import dari Jepun"Japanese Voile", ada kain bawal Jepun yang diimport dari kilang yang tertentu oleh pengimport iaitu Syarikat Akbar Co. Sdn. Bhd. (Dicetak pada tepi kain"akbarco") Bersempena nama syarikat ini kain bawal ini diberi nama kain bawal akbar. Bagi individu yang sangat teliti ianya akan mengambil berat akan jenama ini. Kain bawal akbar dikatakan tidak berbulu walaupun kerap dicuci dan mudah dibentuk apabila diletakkan di atas kepala serta warnanya tidak pudar walaupun telah bertahun digunakan.

No comments: